BTS Media

Pelakon Zul Ariffin didenda RM30,000 kerana muat naik kandungan lucah

PELAKON Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah memuat naik kandungan lucah di media sosial Mac lalu.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar di Mahkamah Sesyen di Sepang, Selangor pada Selasa (4 Okt).

Beliau diwakili dua peguam, Saresh Mahendran dan Sivaram Prasad.

Rakan dan penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai yang juga pengurusnya menemani pelakon ‘Talbis Iblis’ itu.

Tindakan Zul memuat naik video tersebut ke Instagram telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai, yang antaranya mengatakan ia tidak sesuai, terutama di Malaysia kerana kandungan lucah.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-BTS Media

Leave a Comment