ATAS: Pengawal sempadan Kyrgyzstan meronda di sempadan/Gambar: AKIpress.
KEADAAN dilaporkan kekal tegang di sempadan Kyrgyzstan dan Tajikistan hari ini (14 Sept).
Menurut pihak kawalan sempadan Kyrgyzstan, setakat ini tiada lagi tembak menembak, dan perbincangan sedang berlangsung antara kedua-dua negara, lapor agensi berita Kyrgyzstan, AKIpress.
Terdahulu, keadaan menjadi tegang apabila pengawal sempadan Kyrgyzstan mengesan pihak Tajikistan menceroboh satu kawasan sempadan itu.
Arahan oleh pengawal sempadan Kyrgyzstan supaya pasukan Tajikistan berundur tidak diendahkan, tetapi sebaliknya dibalas dengan tembakan dan bom mortar.
Pengawal sempadan Kyrgyzstan kemudian membalas tembakan.
Pemimpin Kyrgyzstan dan Tajikistan dijangka menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Keselamatan Shanghai di Uzbekistan minggu ini bersama Presiden Rusia Vladimir Putin dan pemimpin China Xi Jinping serta beberapa pemimpin dunia lain.
-BTS Media