BEKAS timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi akan mengetahui pada 23 Sept sama ada beliau perlu membela diri terhadap 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).
Hakim Mahkamah Tinggi Yazid Mustafa memaklumkan pihak pendakwaan dan pembelaan tarikh itu pada Rabu (7 Sept) selepas mendengar hujahan lisan sejak 1 Sept.
-BTS Media