BTS Media

BERSATU ambil inisiatif betulkan tanggapan salah terhadap sistem kehakiman

INISIATIF untuk mendidik rakyat supaya celik undang-undang negara adalah antara usaha positif ke arah memupuk kesedaran rakyat berhubung isu-isu semasa.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan program tersebut sebagai berada pada landasan tepat perlu diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Berucap pada majlis pelancaran Sesi Kopi & Undang-Undang anjuran Biro Perundangan dan Perlembagaan BERSATU Malaysia di Shah Alam semalam (6 Sept), beliau berkata program itu berada di landasan tepat kerana memberi kefahaman kepada orang awam.

Program oleh Biro Perundangan & Perlembagaan BERSATU Malaysia anjuran Naib Ketua Srikandi BERSATU Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ini berusaha membetulkan pandangan awam mengenai ketelusan sistem kehakiman negara susulan pelbagai tohmahan yang didakwa dipengaruhi politik dan sebagainya.

Muhyiddin turut menekankan supaya doktrin pengasingan kuasa dimasukkan ke dalam matlamat dan tujuan parti seperti termaktub dalam Fasal 6.6 Perlembagaan BERSATU.

-BTS Media

Leave a Comment