BTS Media

GTA mohon daftar sebagai gabungan dengan RoS

GERAKAN Tanah Air (GTA) telah menyerahkan permohonannya kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk didaftarkan sebagai sebuah gabungan.

Ketua Penerangan GTA Nizam Mahshar berkata semua dokumen yang diperlukan telah diserahkan kepada RoS pada pukul 10.00 pagi Selasa (6 Sept).

Beliau berkata ini bagi memastikan gabungan itu layak bertanding pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang.

Pada 4 Ogos, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan GTA, yang terdiri daripada parti berasaskan Melayu, NGO, ahli akademik serta profesional.

Gerakan itu termasuk parti Pejuang, Berjasa, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Kebangsaan (Iman).

Mahathir yang juga merupakan pengerusi Pejuang berkata tumpuan akan diberikan kepada kemenangan di kawasan majoriti Melayu, menyasarkan 120 kerusi parlimen di semenanjung Malaysia.

-BTS Media

Leave a Comment