BTS Media

Sept 26: Perbicaraan tuntutan Rosmah dapatkan balik barang kemas, beg mewah

GAMBAR ATAS: ST.

 

SELEPAS didapati bersalah atas tuduhan rasuah, Rosmah Mansor meneruskan perbicaraan untuk menuntut semula 2,436 barang kemas dan 29 beg mewah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 dan 27 September ini.

Peguam Azamuddin Abdul Aziz, yang mewakili Rosmah mengesahkan bahawa perbicaraan akan diteruskan menurut jadual, lapor The Star.

Beliau berkata lebih 2,400 barang kemas dan 29 beg mewah yang dirampas polis semasa serbuan di Pavilion Residences pada Mei 2018 masih ditahan kerajaan.

Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan bagi merampas pelbagai barangan, termasuk 11,991 barang kemas, 401 tali jam dan 16 aksesori jam tangan, 234 pasang cermin mata, dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,3164.

Pada Khamis (1 Sept), Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar RM1.25bil untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

-BTS Media

Leave a Comment