BTS Media

“Yang tolak tu Rafizi,” kata Muhyiddin berhubung kerjasama PN-PH

Oleh Yusoff A. Shariff

“ITU hanya pendapat dia”, kata Muhyiddin apabila Rafizi menolak kemungkinan diadakan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN)N dan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 nanti.

“Ini bukan kebimbangan saya, ia adalah kebimbangan orang ramai,”  kata pengerusi PN itu pada sidang media Majlis Pemulihan Negara (MPN) di Kuala Lumpur semalam ( Isnin 28 Ogos).

Beliau yang juga pengerusi MPN bertanya apakah sama ada yang difikirkan itu tentang parti atau diri sendiri.

“Kita nak menentukan supaya masa depa negara lebih selamat, dan kita takkan terjerumus dalam kancah kleptokrasi, rasuah, dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Itu bukan kebimbangan saya, tetapi kebimbangan rakyat…sebab itu yang saya suarakan bukan kepentingan politik Perikatan Nasional atau BERSATU, tapi kepimpinan negara.

“Saya serahkan kepada kepimpinan politik untuk memikirkan perkara itu. Apakah difikirkan tentang parti atau memikirkan tentang negara. Bagi saya negara lebih utama daripada parti,” tegas beliau.

“Saya tahu di luar sana ramai rakyat mahu, kalau boleh ada usaha dibuat untuk menyatukan, parti-parti supaya kita dapat menawarkan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat bila sampai pilihan raya.

“Jadi, tak apalah, itu satu pandangan dan kalau dia kata ‘no go, no go’ untuk dialah. Tapi bagi saya, saya melihat dari sudut lain.

“Saya tak melihat pada strategi politik untuk parti saya menang…saya melihat pada cara menyelamatkan supaya tidak berulang hal-hal yang kita lihat berlaku dalam negara ini…kerosakan, kebobrokan, kehilangan harta benda, duit rakyat, salah guna kuasa, tidak lagi menghormati kebebasan kehakiman, nak mencabar perdana menteri, nak mencabar peguam negara yang mesti ditukar, tidak setuju dengan keputusan hakim…apa semua ini?” tegas Muhyiddin lagi.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata PN terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, kecuali BN.

-BTS Media

Leave a Comment