BTS Media

[KEMASKINI] Ibu berkerusi roda lihat anak bunuh abang, isteri

 

Oleh Yusoff A. Shariff

Polis telah menangkap seorang warga emasĀ  berusia 61 tahun di Genting Highlands yang disyaki membunuh adik dan isterinya di sebuah rumah di Bercham, Ipoh.

Ketua polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata sebilah kapak yang dipercayai senjata digunakan turut ditemukan.

Beliau berkata suspek yang mempunyai rekod jenayah akan direman di mahkamah majistret pada Jumaat (8 Jul).

[TERDAUHULU] SEORANG wanita berkerusi roda dipercayai melihat anak lelakinya membunuh seorang lagi anak lelakinya dan menantu perempuan.

Selepas kejadian, wanita berusia 90-an itu terpaksa menunggu sehingga anak sulungnya pulang ke rumah pada keesokan pagi daripada kerja sebagai pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Hassan berkata, wanita warga emas itu ditemukan dalam keadaan selamat.

Menurut beliau, apabila anak sulung wanita itu yang berusia lewat 60-an pulang ke rumah dan melihat mayat, dia segera membuat laporan polis.

Wanita itu dan anaknya masih berada dalam keadaan trauma untuk bercakap dengan media.

Menurut Yahaya, rumah itu didiami oleh lima orang, termasuk wanita tersebut, tiga anak lelakinya dan seorang menantu perempuan.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan mungkin berlaku pertengkaran antara dua beradik, dan mangsa dipercayai dibunuh pada malam Rabu.

Kedua-dua mangsa yang sebelum ini menetap di Kedah, baharu berpindah ke rumah itu awal tahun ini.

Lelaki yang dibunuh itu bekerja sebagai mandur, manakala isterinya suri rumah.

Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di kepala dipercayai akibat objek tajam dan tumpul yang masih belum dijumpai.

Yahaya berkata, lelaki itu ditemui terbaring di atas lantai manakala isterinya dalam keadaan tersandar pada dinding.

Polis sedang mencari suspek yang kali terakhir dilihat memandu salah sebuah kereta mangsa.

Suspek juga mempunyai rekod kerana menyebabkan kecederaan parah.

-BTS Media

Leave a Comment