ATAS: Gambr hiasan / JJ Harrison (https://www.jjharrison.com.au/), CC BY-SA 3.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0>, via Wikimedia Commons
Oleh Yusoff A. Shariff
DUA video menyayat hati yang memaparkan cara anjing liar diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan menjadi tular dalam media sosial.
Video pertama dipercayai dirakam di Pulau Pangkor, di mana pegawai penguat kuasa dilihat menyeret seekor anjing tanpa belas kasihan dengan darah di merata tempat, lapor The Star.
Dalam video kedua yang dirakam di tapak pelupusan Papan dekat Ipoh, seekor anjing liar yang sangat lemah dan tidak bermaya ditinggalkan di tapak pelupusan sampah, sementara sebuah kenderaan majlis kelihatan berdekatan.
Anjing tersebut kelihatan lesu dan terhuyung hayang dan mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan.
Doktor Veterinar Ranjit Kaur Mendhir berkata dia juga menerima kedua-dua video itu.
Apa yang berlaku dalam video itu semua mencerminkan ketidakprihatinan sesetengah pihak terhadap haiwan, sama ada liar atau haiwan terbiar hingga sanggup bertindak begitu zalim dan tidak bertamadun.
Sebaliknya, beliau berkata sifat perikemanusiaan terserlah apabila seorang warga asing tampil untuk membantu menanggung keseluruhan kos prosedur mengebiri anjing-anjing di pantai Pulau Pangkor.
Bagi Dr Ranjit, kedua-dua video menunjukkan sifat tidak bertamadun cara anjing-anjing itu diperlakukan.
Beliau berkata, sudah salah bersikap agresif terhadap anjing itu, tetapi kemudian menyeretnya adalah sangat tidak berperikemanusiaan.
“Terdapat banyak kaedah lain yang sesuai untuk menangani haiwan sesat, melayan mereka dengan teruk pastinya bukan caranya,” tambah beliau.
“Dalam video lain, anjing itu saya percaya baharu sahaja dicampak…sangat menyayat hati,” tambahnya.
Sementara itu, ketika dihubungi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata operasi menangkap anjing dijalankan susulan aduan orang ramai di Pangkor.
Beliau, bagaimanapun beliau mengakui bahawa cara anjing itu dikendalikan adalah tidak betul.
“Menyeret anjing itu adalah tidak berperikemanusiaan. Isu ini pasti akan dibangkitkan,” katanya.
Mengulas tentang video anjing di Papan, Nolee Ashilin berkata Majlis Bandaraya Ipoh memberitahunya bahawa anjing itu hanya dilepaskan di tapak pelupusan sampah, dan bukan dicampak.
-BTS Media