Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada tuduhan membunuh Ketua Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan, iaitu suami Samirah, empat tahun lepas.
Hakim Ab Karim Ab Rahman memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Samirah, 47, dua remaja itu yang kini berusia 16 dan 19 tahun, serta pembantu rumah warga Indonesia Eka Wahyu Lestari yang masih bebas didakwa membunuh Nazrin di rumah mereka di Mutiara Damansara pada 14 Jun 2018.