Oleh Yusoff A. Shariff
Kabinet telah meluluskan penubuhan jawatankuasa pemulihan ekonomi negeri (NRC) bagi meningkatkan pemulihan negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ia menyusul setelah ditimbulkan sama ada relevan jawatankuasa tersebut dalam konteks pemulihan negara.
Muhyiddin berkata ia masih relevan kerana mempunyai kaitan dengan usaha pemulihan.
Menurut beliau, tanggungjawab itu bukan terletak pada Kerajaan Persekutuan, tetapi juga negeri-negeri, kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk menyelesaikan isu-isu setempat.
Beliau memberitahu media selepas mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara (MPN) di Putrajaya pada Selasa (17 Mei) bahawa kabinet telah meluluskan cadangan tersebut secara prinsip, dan hanya memerlukan persetujuan perdana menteri untuk dilaksanakan.
Pelan Pemulihan Negara dilancarkan oleh Muhyiddin semasa beliau menjadi perdana menteri
Kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri Yakob sebelum ini telah mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa Endemik mulai 1 April lepas.
Berikutan itu, pelbagai sekatan ditarik balik, sektor ekonomi dan sempadan antarabangsa dibuka semula.
Sementara itu, Muhyiddin berkata majlis turut membincangkan tentang perang di Ukraine dan penutupan berpanjangan di China akibat Covid-19, yang menjejaskan rantaian bekalan.
Beliau berkata MPN akan mengadakan persidangan sulungnya pada akhir tahun untuk membantu memetakan pemulihan negara.
-BTS Media