BTS Media

Tragedi menyelam Mersing: Bapa mangsa keempat sahkan anaknya maut

Oleh Fetty Rara

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat penyelam hilang di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu (6 April) berakhir dengan tragedi apabila mangsa keempat disahkan meninggal dunia.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata operasi SAR ditamatkan selepas tiga daripada mangsa ditemukan.

“Tiga daripada mangsa, Kristine Grodem, 35, dari Norway, Alexia Molina, 18, dari Perancis dan warga British, Adrian Chesters, 46, telah ditemukan.

“Bagaimanapun, seorang lagi mangsa warga Belanda Nathan Renze Chesters, 14 masih hilang dan disahkan meninggal dunia oleh bapanya” katanya.

Tambahnya, Pusat Kecil Penyelamat Marin (MRSC) Johor Baru telah memaklumkan pihak berkuasa Indonesia untuk membantu dalam pencarian Nathan, yang dipercayai maut dan mayatnya terapung ke perairan Indonesia.

Terdahulu, tiga lagi penyelam yang hilang sejak Rabu (6 April) telah ditemukan dan kini sedang dirawat  di sebuah hospital di Pasir Gudang dan Hospital Mersing.

-BTS MEDIA

Leave a Comment