BTS Media

Bazar Ramadan: MBPJ guna teknologi kawal had bilangan pengunjung

GAMBAR ATAS: Skrin yang digunakan sistem CCS diletakkan di dua bahagian lokasi / Foto: Media Selangor.

 

Oleh Fetty Rara

Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) dan anggota RELA ditugaskan menjaga tapak bazar Ramadan SS6/1 Kelana Jaya  dan juga Seksyen 4, Kota Damansara bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP.

Selain MySejahtera dan imbasan kod QR turut digunakan Sistem Kawalan Orang Ramai (CCS) di mana alat sensor boleh memastikan had bilangan pengunjung yang dibenarkan masuk ke bazar.

Pihak MBPJ hanya membenarkan maksimum 500 orang pada satu-satu masa berada dalam tapak bazar, dan sekiranya melebihi had itu siren amaran berbunyi dan anggota RELA akan menghalang pengunjung selebihnya masuk.

Menurut pegawai MBPJ Ahmad Hafiz Ahmad Razif sistem yang dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta itu akan menyalurkan data kepada MBPJ bagi memantau kemasukan ke bazar Ramadan.

Beliau berkata pada Ramadan pertama Ahad lalu, data menunjukkan kira-kira 5,000 pengunjung ke bazar berkenaan dari pukul 4 petang hingga 7.30 malam, justeru pihak MBPJ telah meletakkan dua skrin di dua bahagian hujung bazar bagi mengira dan mengimbang bilangan orang ramai yang masuk.

-BTS Media

Leave a Comment