BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan program Jana Wibawa.
Keputusan itu dibuat Mahkamah Tinggi selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib memaklumkan bahawa pihak pendakwaan tidak berhasrat meneruskan pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.
Hakim Noor Ruwena Md Nurdin kemudian membenarkan permohonan pendakwaan dan memerintahkan Muhyiddin dilepas serta dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan tersebut.
Empat pertuduhan itu membabitkan satu dakwaan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM200 juta serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.
Hakim berkenaan mengesahkan bahawa mahkamah memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan Muhyiddin daripada kesemua empat pertuduhan tersebut.
-BTSMedia.my



