PENYANYI popular Jimmy Cliff telah meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Menurut isterinya, Latifa Chambers, dalam satu post Instagram, Jimmy diserang sawan diikuti dengan pneumonia sebelum menghembuskan nafas terakhir di Kingston, Jamaica.
Sepanjang kerjayanya yang melangkaui enam dekad, beliau diiktiraf sebagai antara tokoh utama yang membawa genre reggae, ska dan rocksteady ke pentas dunia.
Beliau juga pernah membintangi filem ikonik, “The Harder They Come” (1972), yang telah membantu menyebarkan budaya Jamaica kepada persada global.
Kerajaan Jamaica turut memberi penghormatan kepada beliau sebagai seorang “gergasi budaya”, yang muziknya dikatakan telah mengangkat masyarakat serta menginspirasi generasi demi generasi.
– BTSMedia.my



