BTS Media

Kementerian Kesihatan siasat dakwaan kematian akibat suplemen tular

KEMENTERIAN Kesihatan sedang menjalankan menyiasat dakwaan yang tular di media sosial mengenai kematian seorang wanita selepas mengambil produk.

Dalam satu kenyataan, kementerian melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memaklumkan bahawa semakan awal mendapati produk berkenaan mengandungi bahan aktif glutathione, iaitu bahan yang disenaraikan dalam Senarai Negatif di bawah Dokumen Panduan Pendaftaran Ubat (DRGD). Pihak kementerian turut mendapati produk tersebut dijual online dan melalui media sosial.

Produk berkenaan tidak mematuhi Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983, yang melarang makanan dicampur dengan bahan yang tidak dibenarkan di bawah akta atau peraturan yang dibuat di bawahnya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut, termasuk semakan terhadap pematuhan pelabelan produk, kandungan bahan, premis pengilangan, pengimport serta pengedaran produk di pasaran tempatan.

Usaha turut dijalankan bagi mengesan sumber utama dakwaan tular berkenaan. Berdasarkan semakan awal, tiada hantaran di media sosial daripada ahli keluarga terdekat atau kenalan yang mengesahkan kematian wanita tersebut akibat pengambilan suplemen berkenaan.

Kementerian meminta sesiapa yang mempunyai maklumat sahih supaya menghubungi talian 03-88850796 atau menghantar e-mel ke knkbkkm@moh.gov.my. Pihak kementerian memaklumkan bahawa perkembangan lanjut akan dikongsikan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, pengguna platform Threads mendakwa seorang wanita telah meninggal dunia selepas mengambil suplemen berharga RM20 yang dikatakan mampu mencerahkan kulit dan dijual melalui media sosial.

-BTSMedia.my

Leave a Comment