BTS Media

CFCM kecam kekerasan terhadap wanita bertudung di Perancis

GAMBAR: Wikimedia Commons

MAJLIS Perundingan Islam Perancis (CFCM) mengecam apa yang digambarkan sebagai gangguan media dan politik terhadap wanita Islam yang memakai tudung.

Kenyataan ini dibuat ketika perbahasan mengenai larangan pemakaian tudung dalam acara sukan.

CFCM berkata wanita bertudung dijadikan kambing hitam dalam menangani masalah masyarakat.

Mereka dituduh kononnya mempromosikan komunalisme dan menjadi mangsa tekanan kerana “dipaksa” memakai tudung.

CFCM juga menegaskan bahawa wanita Muslim bertudung semakin terdedah kepada ancaman, diskriminasi serta keganasan, dan majlis itu mengutuk keras kempen stigma terhadap mereka.

Selain itu, CFCM turut membantah diskriminasi yang kononnya atas nama pembebasan atau sekularisme, tetapi sebenarnya bersikap paternalistik dan merendahkan wanita Islam bertudung.

Ia juga mengkritik usaha pihak perundangan untuk menghapuskan keterlihatan agama dengan alasan tindakan itu bercanggah dengan prinsip kesaksamaan dan sekularisme.

CFCM turut menekankan bahawa perdebatan mengenai sekularisme telah diperluaskan secara tidak wajar kepada isu seperti berpuasa semasa acara sukan dan mengaitkan kekurangan bekalan telur dengan Ramadan.

Majlis itu menyeru agar isu ini ditangani dengan kewarasan, kawalan diri, dan penuh tanggungjawab serta tidak dieksploitasi untuk permainan ideologi atau politik yang merugikan perpaduan negara dan kebebasan individu.

-BTS Media

Leave a Comment