PENERAJU perkhidmatan pengangkutan Asia Tenggara, Grab Holdings Ltd. dalam proses membeli sebuah lagi rangkaian pasar raya di Malaysia, dalam usaha mengembangkan kepelbagaian runcit di salah satu pasaran utamanya.
Syarikat itu memperoleh pasar raya Everrise daripada Navis Capital Partners, justeru memiliki 19 stor di Sarawak.
Grab tidak mendedahkan nilai urus niaga dalam kenyataannya pada hari Isnin.
Grab merancang untuk mendigitalkan operasi Everrise dan menawarkan pembelian runcit secara ‘on-demand’ kepada pelanggannya.
Usaha itu adalah susulan pembelian rantaian Malaysia, Jaya Grocer tiga tahun lalu.
Pemain pengangkutan dan penghantaran makanan terbesar di Asia Tenggara itu sedang menerokai bidang baharu, seperti perbankan dalam talian dan barangan runcit, di tengah-tengah persaingan sengit dengan pesaing seperti Kumpulan GoTo Indonesia.
-BTS Media