BTS Media

Wartawan hiburan Huzz meninggal dunia pada usia 59 tahun akibat kanser

Oleh Yusoff A. Shariff

 

WARTAWAN hiburan veteran Kamal Huzaini Kamaludin (Huzz), 59, meninggal dunia petang semalam akibat kanser.

Menurut kakaknya, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nurul Afida, beliau meninggal dunia pada pukul 6.10 petang di rumah abangnya di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kamal mula bekerja sebagai wartawan dengan akhbar Harian Nasional pada tahun 1980-an dan kemudian menjadi pengarang majalah hiburan URTV sebelum bersara pada tahun 2019.

Namanya popular kerana mengendalikan gosip Sensasi Huzz dalam ruangan Pancaindera Mingguan Malaysia.

Kamal disahkan menghidap kanser kolon pada bulan Mac lalu apabila dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk pembedahan membuang ketumbuhan.

Selepas menjalani rawatan selama beberapa bulan, beliau dibenarkan pulang dan kemudian dibawa ke rumah abangnya di Bertam pada 31 Mei untuk rawatan susulan. Bagaimanapun, keadaannya semakin teruk pada minggu lalu.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat daerah Seberang Perai Utara di Permatang Langsat malam tadi.

-BTS Media

 

Leave a Comment