BTS Media

Kecoh: DBP perbetul ejaan ‘murtabak’, ‘briyani’ yang digunakan sejak puluhan tahun

Oleh Yusoff A. Shariff

DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) sekali lagi membingungkan orang ramai apabila berkongsi ejaan yang betul beberapa perkataan Melayu dan nama makanan Malaysia.

Salah satu perubahan ketara ialah ejaan “Ramadhan”.

DBP berkata perkataan itu harus dieja “Ramadan” dan bukannya “Ramadhan.”

Perkataan lain termasuk ejaan Murtabak sebagai Martabak, Bazaar sebagai Bazar, Kuetiow sebagai Kuetiau, Briyani sebagai Beriani dan Terawih sebagai Tarawih.

Teguran terbaharu itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, kerana mendakwa ia payah untuk dibiasakan.

Walaupun ada yang berterima kasih kepada DBP atas penjelasan itu, yang tegar mempertikaikannya, terutama untuk perkataan seperti “martabak.

Ada yang bertegas bahawa mereka masih akan terus menggunakan ejaan asal’ walaupun ditolak DBP.

Dalam membetulkan beberapa istilah dan perkataan oleh DBP, ada juga dalam kalangan orang ramai mempersoalkan penggunaan yang semakin dibiasakan, seperti perkataan Inggeris “so” dan “then” dalam pertuturan Bahasa Melayu.

Bagi makanan pula masih ada lagi nama bukan asalnya Melayu yang betul mendapat piawaian sewajarnya, seperti ‘lin chee kang’, ‘laici kang’ atau ‘linci kang’.

-BTS Media

Leave a Comment