GAMBAR: Wikimedia Commons.
Oleh Zainal AS Rashid
MALAYSIA telah meratifikasi Perjanjian Subsidi Perikanan (FSA) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Perjanjian ini ialah usaha global untuk membanteras subsidi perikanan yang memudaratkan dan melindungi stok ikan, lapor Bernama.
Dengan ini, Malaysia disenaraikan bersama 68 anggota WTO lain yang telah meratifikasi FSA, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian Tengku Zafrul Abdul Aziz, yang sedang menghadiri Persidangan Menteri WTO ke-13 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Malaysia telah meratifikasi Perjanjian Subsidi Perikanan (FSA) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), yang merupakan usaha global untuk membanteras subsidi perikanan yang merosakkan dan melindungi stok ikan.
Malaysia menyertai 68 anggota WTO lain yang telah berjaya meratifikasi FSA, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Zafrul kini sedang menghadiri Persidangan Menteri WTO ke-13 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, di mana FSA telah diratifikasi.
Digubal pada Jun 2022, FSA merupakan usaha untuk menangani ancaman utama terhadap lautan dan menggalakkan amalan memancing yang mampan.
Ia langkah penting untuk membanteras kegiatan perikanan haram, tidak dilaporkan dan tidak dikawal (IUU) yang menyumbang kepada penangkapan berlebihan, dan dengan itu memelihara keseimbangan halus ekosistem marin.
Tengku Zafrul berkata WTO akan menubuhkan program bantuan teknikal dan pembangunan kapasiti untuk membantu negara membangun dan negara yang paling membangun mengintegrasikan elemen kelestarian ke dalam dasar mereka dan memperkuat sistem pengurusan perikanan mereka.
-BTS Media