BTS Media

Ringgit terus jatuh bebas berbanding dolar Singapura, 3.5725 hari ini

Oleh Yusoff A. Shariff

RINGGIT mencecah rekod rendah baharu berbanding dolar Singapura hanya sehari selepas 3.56 kepada dolar Singapura.

Setakat pukul 9 pagi, kadar pertengahan berada pada 3.5725. Ini kerana kadar pertengahan ringgit mencecah 4.802 berbanding dolar AS, lapor Business Times.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME), Dr Carmelo Ferlito berkata, pengukuhan pantas dolar Singapura berbanding ringgit mungkin dipengaruhi oleh jangkaan pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah berikutan keluaran dalam negara kasar 2023 sebanyak 3.7 peratus.

“Dolar Singapura memainkan, di peringkat serantau, peranan yang lebih besar sebagai rizab nilai jika dibandingkan dengan mata wang lain: semacam dolar mini.

“Jadi, terdapat permintaan lebih tinggi dalam saat-saat ketidaktentuan. Ini disokong oleh kadar faedah yang lebih tinggi,” tambahnya.

Ferlito menambah bahawa kadar faedah yang lebih tinggi mungkin memihak kepada dolar Singapura, tetapi ringgit boleh disokong oleh kejelasan dasar dan arahan lebih baik.

“Tidak banyak lagi yang boleh dilakukan BNM dalam rangka kerja Malaysia, dengan kadar inflasi pada 1.5 peratus,” katanya.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa ketidaktentuan suasana semasa cenderung memanfaatkan mata wang yang diakui sebagai penyimpan nilai, dengan dolar AS melaksanakan peranan ini di peringkat global dan dolar Singapura memenuhinya di peringkat serantau.

Beliau menyifatkan kekuatan relatif dolar Singapura berbanding ringgit disebabkan oleh inflasi lebih tinggi yang dialami di Singapura, justeru mendorong bank pusatnya mengguna pakai dasar monetari lebih ketat, menyebabkan kadar faedah lebih tinggi berbanding Malaysia.

“Kadar yang lebih tinggi itu seterusnya diterjemahkan kepada insentif dalam menarik modal,” katanya.

Kedua, hala tuju dasar Malaysia masih tidak jelas dan isyarat bercanggah terus dihantar, dengan kerajaan berdegil mendesak topik tidak produktif seperti agenda bumiputera atau kawalan harga baharu atau produk dibekalkan kerajaan,” katanya kepada Business Times.

Ferlito menyatakan bahawa pembaharuan penting , seperti pelaksanaan peraturan mesra perniagaan atau penyelarasan subsidi, terus ditangguhkan.

-BTS Media

Leave a Comment