BTS Media

Khairy antara rakyat selar tindakan Zahid sebagai rasuah

Oleh Yusoff A. Shariff

TULAR kecaman dan kritikan berikutan tindakan presiden UMNO, Ahmad zahid Hamidi mengumumkan geran RM100,000 bersama satu lagi bayaran RM250,000, masing-masing kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan kepada Majlis Belia Terengganu Malaysia.

Terbaharu, Bekas ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin turut menuduh Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam rasuah semasa satu majlis di Terengganu pada Jumaat.

Khairy membuat dakwaan tersebut dalam podcast episod dalam talian “Keluar Sekejap” di mana beliau menyatakan keraguan tentang sebarang potensi siasatan ke atas perkara itu di bawah Akta Pencegahan Rasuah.

Dalam majlis yang sama Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM200,000 untuk persatuan permotoran di negeri itu.

Ahmad Zahid seterusnya berkata, jumlah itu mungkin ditambah lagi bergantung kepada prestasi kumpulan tersebut dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos nanti.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Perasmian Persatuan Belia Lestari Generasi Tertinggi (Lesgu) sempena program Sentuhan Kasih Desa di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

Turut menyelar tindakan Ahmad Zahid, bekas naib ketua Pemuda UMNO Shahril Hamdan.

Menurut Shahril, Ahmad Zahid seolah-olah merujuk kepada golongan belia Terengganu dan menambah syarat semasa mengundi PH (Pakatan Harapan) atau BN (Barisan Nasional).

Shahril mempersoalkan kewajaran kenyataan sedemikian, walhal pada masa itu belum lagi berlangsung penamaan calon.

“Ini sudah pasti tidak betul. Terpulang kepada penyokong PH-BN jika mereka mahu membiarkan sahaja,” katanya.

-BTS Media

Leave a Comment