GAMBAR: Berita Harian.
Oleh Fetty Rara
DAHULU, perut ayam selalunya dibuang atau setidak-tidaknya pun dijadikan sate.
Bagaimana pun sekarang pilihan sate perut ayam sudah payah untuk ditemukan.
Tapi, pernah dengar tentang hidangan istimewa ‘perut percik’ yang merupakan hidangan istimewa, terutama pada Ramadan di Kota Baharu?
Bagi peniaga ayam percik, Mohd Zaidi Deraman, 39, dia bersama isterinya Madihah Hasan, 39, hidangan ‘perut percik’ ini fokus perniagaan di kedainya, hingga mampu menjual antara 80 ke 100 batang sehari.
Dia memberitahu BH ketika ditemui di Nilam Puri bahawa bagi memenuhi permintaan, setiap hari tidak kurang daripada 40 kg perut ayam digunakan untuk membuat ‘perut percik’ yang habis dijual dalam tempoh 30 minit sahaja.
Mohd Zaidi berkata proses membuat ‘perut percik’ bermula dengan pembersihan rapi perut ayam yang kemudian direbus selama 10 minit.
Dia berkata, perut ayam yang sudah dibersihkan kemudian dicucuk dengan padat pada pemanggang buluh dan dibakar selama lima minit sebelum dituang kuah percik resipi turun temurun keluarga.
Menurutnya, pelanggan gemar membeli ‘perut percik’ untuk dijadikan hidangan tambahan semasa berbuka puasa.
“Selain sekitar daerah Kota Bharu, ada juga pelanggan datang dari Terengganu untuk membeli perut percik.
Mohd Zaidi menjual ‘perut percik pada harga RM3.50 secucuk.
Selain ‘perut percik’, dia juga menjual ayam percik, sayap ayam, kulit ayam dan ikan percik.
“Harga untuk satu pemanggang dengan dua ketul ayam bahagian dada dan paha adalah RM16,” katanya.
-BTS Media