BTS Media

10 bilionair terkaya Malaysia

Oleh Fetty Rara

MALAYSIA tersenarai mempunyai beberapa bilionair terkaya di Asia.

Kepelbagaian kepentingan perniagaan bilionair Malaysia merangkumi hampir segala-galanya – daripada runcit dan minyak sawit kepada pembuatan dan telekomunikasi.

Pada 2021, kerajaan Malaysia menggariskan rancangan untuk menjadikan negara ini sebuah negara maju menjelang 2025.

Di sebalik pandemik COVID-19, majalah Forbes menyebut bahawa ekonomi Malaysia berkembang lima peratus pada suku pertama 2022, dipacu permintaan dalam negeri, lapor lifestyleasia.com.

Bagaimanapun, apabila Forbes menerbitkan senarai tahunan ’50 Terkaya Malaysia’ pada Jun 2022, majalah itu menganggarkan gabungan kekayaan 50 individu itu menyusut 10 peratus berbanding setahun lalu kepada USD 80.5 bilion.

Namun, sejumlah 19 taikun perniagaan di Malaysia masih tersenarai sebagai bilionair, dengan Robert Kuok menduduki tempat teratas.

Bagaimanapun, tiada jutawan wanita dalam kalangan 19 bilionair, itu tidak seperti Hong Kong, yang mempunyai beberapa jutawan wanita, termasuk Kwong Siu-hing dan Lam Wai Ying, yang mempertahankan kedudukannya setiap tahun dalam senarai Forbes.

Walaupun senarai 2023 masih belum dikeluarkan, melihat pada nilai masa nyata jutawan terkemuka Malaysia menunjukkan bahawa, walaupun ada yang mungkin kehilangan beberapa juta di antaranya, namun status bilionair mereka tidak berubah.

Kali ini ketara ketiadaan Teh Hong Piow, yang merupakan antara 10 orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih USD 5.7 bilion dalam senarai Forbes 2022. Beliau meninggal dunia pada Disember 2022.

-BTS Media

Leave a Comment