BTS Media

Oleh Zainal AS Rashid

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat lima tahun untuk memulihkan sektor pelancongan negara adalah terlalu lama.

Beliau yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata di Melaka semalam bahawa dalam jangka masa yang ditetapkan oleh Tourism Malaysia itu pelbagai isu dan masalah mungkin timbul.

Beliau telah membangkitkan perkara itu pada semasa mesyuarat MPN baru-baru ini selepas Tourism Malaysia membentangkan laporan mengenai pemulihan sektor pelancongan negara.

Tempoh itu sama dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)

Menurut Muhyiddin, tempoh itu sama dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang juga memakan masa lima tahun.

Sehubungan itu beliau meminta perkara tersebut dikaji semula, kerana tiga atau empat tahun sudah memadai memandangkan ramai usahawan dalam sektor berkenaan terkesan teruk sejak dua tahun lalu.

Selasa lalu, Muhyiddin berkata pihak MPN mengesyorkan kerajaan mewujudkan inisiatif dan bantuan baharu bagi membantu meningkatkan keupayaan mereka yang terjejas oleh pandemik Covid-19.

Ini kerana sebagai sektor paling teruk terjejas itu menyaksikan jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia menurun hampir 99.5% pada 2021 berbanding 2019.

-BTS Media

Leave a Comment