GAMBAR: Anadolu Ajansi
PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilaporkan berkata bahawa Israel dan Amerika Syarikat telah memulakan satu operasi bersama terhadap Iran, lapor Anadolu.
Menerusi satu mesej video, beliau berkata bahawa Iran yang disifatkan sebagai kononnya sebuah“rejim pengganas” tidak boleh dibenarkan memiliki senjata nuklear yang berupaya mengancam “seluruh umat manusia”.
Netanyahu turut dipetik sebagai berkata bahawa operasi bersama itu akan mewujudkan keadaan yang membolehkan rakyat Iran yang berani menentukan nasib mereka sendiri. Namun demikian pemerhati luar berkata bahawa apa yang dilakukan oleh Israel dan AS jelas bercanggah dengan alasaan tersebut.
Beliau juga menyeru semua kelompok rakyat Iran, termasuk puak Parsi, Kurdi, Azeri, Baloch dan Ahwazi, supaya menyingkirkan apa yang digambarkannya sebagai “belenggu kezaliman”.
Operasi yang dilancarkan terhadap Iran adalah jauh lebih ganas berbanding tindakan terdahulu, sambil menegaskan bahawa Israel tidak akan membenarkan Tehran memperoleh senjata nuklear.
Israel melancarkan serangan terhadap Iran awal hari Sabtu serta mengisytiharkan darurat “khas dan serta-merta” di seluruh negara.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, kemudian berkata bahawa AS turut melancarkan “operasi tempur besar-besaran” terhadap apa yang disebutnya sebagai “rejim Iran”.
Serangan tersebut berlaku ketika rundingan antara Washington dan Tehran berhubung program nuklear Iran masih berlangsung dengan pengantaraan Oman. Pusingan baharu rundingan di Geneva akan berakhir pada hari Khamis.
Bulan Jun lalu, Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran semasa perang Israel-Iran yang berlangsung selama 12 hari.
-BTSMedia.my



