BTS Media

Tukar sistem tidak kurangkan beban kerja pentadbiran guru

SEORANG guru sekolah menengah berkata beliau masih lagi terbeban dengan tugas mengisi borang dan memasukkan data walaupun sistem lama telah diganti.

Ini, katanya menjejaskan kerja hakiki sebagai guru untuk diselesaikan antara kelas, lapor The Star.

Ini dikatakan tidak seperti yang diumumkan oleh kerajaan dua minggu lalu susulan pemansuhan Sistem Pengurusan Latihan (SPLKPM) mulai tahun 2026 untuk mengurangkan beban kerja guru.

Guru yang hanya mahu dikenali sebagai Leah itu berkata ia tidak banyak membantu kerana pada dasarnya ia sekadar ditukar nama kepada Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) yang juga membolehkan ibu bapa mengakses keputusan pelajar.

Beliau berkata guru masih perlu merekod penyertaan dalam program latihan, seperti bengkel dan seminar. Ia sesuatu yang dirasakan guru seperti beliau dan rakan-rakannya sebagai membebankan walaupun kursus Latihan Dalam Perkhidmatan di sekolah dan pejabat pendidikan daerah sudah mencukupi.

Seorang lagi guru sekolah rendah yang berpengalaman 28 tahun, dikenali sebagai Jenna, berkata beban kerja pentadbiran sepatutnya tidak menghalang guru daripada memberi tumpuan kepada pelajar, dan pemansuhan SPLKPM dilihat sebagai kelegaan kepada ramai guru.

Setia-usaha agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon, berkata bahawa Kementerian Pendidikan perlu mengurangkan beban tugas bukan pengajaran dan tugasan pentadbiran bukan teras supaya guru bagi membolehkan tumpuan kepada tugas utama mereka iaitu mengajar, pembelajaran dan penilaian kerja pelajar.

Fouzi juga mencadangkan agar kementerian mempertimbangkan minggu pembelajaran akademik empat hari dengan satu hari dikhaskan untuk pembangunan watak dan aktiviti ko-kurikulum bagi menyokong pembangunan menyeluruh pelajar tanpa menjejaskan pembelajaran akademik

Presiden Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS), Shahril Liwangsah, mengakui bahawa terdapat guru yang enggan mengikuti kursus seperti yang ditetapkan di bawah SPLKPM. Ini kerana kegagalan mengumpul mata kredit boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat, kenaikan gaji tahunan atau anugerah guru cemerlang.

Beliau juga berkata bahawa sistem itu mempunyai kelemahan, termasuk masalah dalam talian, pengisian data yang membebankan dan had masa.

-BTSMedia.my

Leave a Comment