BEKAS Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, memberi amaran bahawa Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) boleh terbabas dan gagal sebelum berkesan jika tidak ditangani enam tabiat politik dan birokrasi berakar umbi sejak sekian lama.
Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan, menegaskan bahawa tabiat tersebut, jika dibiarkan, boleh menghalang pelan pembangunan lima tahun daripada mencapai matlamatnya.
Berucap semasa perbahasan Dewan Rakyat mengenai RMK13, Rafizi berkata kepentingan kritikal amat perlu bagi memupuk “pemikiran jangka panjang dan konsisten merentasi kerajaan, pembangkang, perkhidmatan awam dan orang awam.”
Beliau menyoroti isu berulang yang amat merugikan dalam tadbir urus negara, iaitu kecenderungan kepimpinan baharu mengetpikan rancangan yang sedia ada.
Menurut Rafizi, setiap kali kerajaan bertukar, atau menteri baharu mengambil alih, rancangan-rancangan sebelumnya diketepikan.
Ia mengakibatkan lebih banyak dana dibelanjakan untuk merangka rancangan baharu.
Beliau berkata, kitaran ini mesti dihentikan.
Rafizi juga mengkritik keras kepimpinan and sokongan berkiblatkan parti, sambil melabelkannya sebagai penghalang besar kepada kemajuan.
Beliau berkata, banyak idea yang baik diketepikan bukan kerana ia cacat, tetapi kerana ia tidak datang dari pihak yang memegang kuasa.
Ini, katanya lagi, amat tidak baik kerana ia menunjukkan sifat persaingan yang merugikan.
Tabiat yang dikenal pasti oleh Rafizi adalah kekurangan sokongan dasar yang konsisten.
Beliau menggambarkan keadaan di mana persetujuan awal dalam mesyuarat kemudiannya sering terjejas. Mereka bersetuju dalam mesyuarat, tetapi kemudian secara senyap-senyap berusaha untuk menggagalkan usaha itu, dan berharap dana atau tumpuan akan beralih memihak kepada mereka.
Rafizi juga menyentuh tentang sabotaj dalaman yang boleh menjejaskan inisiatif.
Dalam perkhidmatan awam dan badan-badan berkaitan kerajaan, Rafizi memerhatikan terdapat budaya sedemikian.
Menurut beliau, dalam kebanyakan organisasi, 80 peratus orang hanya menunggu. Jika sesuatu berjaya, mereka berebut untuk mengambil kredit dan inginkan pujian. Jika ia gagal, mereka adalah orang pertama mengkritik.
Bagi Rafizi, sikap ini akan menggagalkan walaupun bagi rancangan terbaik.
-BTS Media