BTS Media

Kehebatan pesawat pejuang J-10C Pakistan terbukti dalam pertempuran udara dengan India

PAKISTAN mengumumkan bahawa tentera udaranya menggunakan jet pejuang J-10C buatan China untuk menembak jatuh beberapa pesawat India, termasuk pesawat paling canggih Rafale.

Menteri Luar Negeri Ishaq Dar memberitahu parlimen bahawa jet Pakistan telah menembak jatuh tiga pesawat pejuang Rafale buatan Perancis itu.

Walaupun Delhi setakat ini enggan memberikan komen rasmi mengenai laporan kehilangan lima pesawatnya, penglibatan jet pejuang buatan China dalam menembak jatuh satau daripada pesawat Rafale itu telah menimbulkan perbincangan hangat dalam kalangan pihak pertahanan antarabanga.

Kejayaan itu disambut positif, hingga melonjakkan nilai saham syarikat pengeluar pesawat tersebut, Chengdu Aircraft Corporation.

Sumber perisikan Perancis mengesahkan kepada CNN bahawa Pakistan berjaya menembak jatuh pesawat Rafel itu sebagai kejayaan “luar biasa”, tetapi sekadar menyatakan bahawa hanya sekurang-kurangnya sebuah pesawat India dimusnahkan semasa pertempuran udara kali pertama.

Beijing enggan memberikan komen apabila ditanya mengenai penggunaan pesawatnya oleh Pakistan.

Walau bagaimanapun, seorang pegawai Amerika Syarikat berkata mereka yakin bahawa sebuah pesawat pejuang J-10C telah menggunakan peluru berpandu udara ke udara untuk menembak jatuh dua buah pesawat pejuang India.

Ini menandakan kejayaan tempur pertama sah membabitkan pesawat J-10C yang merupakan “pesawat pejuang generasi 4.5” setanding dengan Eurofighter Typhoon digunakan oleh negara-negara anggota NATO .

Bekas editor Global Times China, Hu Jixin berkata pertempuran itu menunjukkan bahawa teknologi ketenteraan China kini melampaui kehebatan teknologi peperangan Rusia dan Perancis.

Penganalisis perisikan bebas sedang meneliti imej serpihan yang dikenal pasti sebagai peluru berpandu PL-15 buatan China, yang dibawa oleh J-10C dan belum pernah digunakan dalam mana-mana pertempuran sebelum ini.

Keupayaan jarak jauh peluru berpandu itu kelihatan selari dengan laporan mengenai konflik di mana kedua-dua pihak yang bermusuhan tidak melintasi sempadan.

Serpihan sebuah pesawat pejuang Rafale yang musnah itu ditemui jauh di dalam wilayah India, berhampiran Bathinda.

Memandangkan keupayaan teknologi tentera China itu, AS telah bergegas membangunkan peluru berpandu jenis eksport, PL-15E yang mempunyai jarak 145km.

Penganalisis berkata pengesahan tembakan tepat adalah contoh penting teknologi aeroangkasa ketenteraan China.

Tentera Pakistan baru-baru ini mempamerkan persenjataannya, termasuk jet pejuang JF-17 Block 3 yang dilengkapi dengan peluru berpandu PL-15.

Peluru berpandu itu mempunyai kelajuan hipersonik, dipandu sistem radar dan motor dwi-denyut bagi ketepatan yang dipertingkatkan dan “zon tepat” untuk sasaran. Reka bentuknya juga membolehkan pesawat pelancar pantas mengelak serangan balas.

Strategi perolehan senjata yang berbeza antara India dan Pakistan semakin ketara.

Menurut rekod, sejak tahun 2019 hingga 2023, Pakistan dilapor mendapatkan 82 peratus bekalan senjatanya dari China, dan semakin kurang bergantung pada Amerika.

Sebaliknya, India telah meningkatkan kadar pembelian senjata dari sekutu Barat seperti Perancis, Israel, dan AS, sambil mengurangkan pergantungannya kepada Rusia.

Dr Walter Ladwig dari Royal United Services Institute berkata bahawa China “menghantar” senjata kepada Pakistan dengan cepat, sementara pembekal utama India sering kali mengalami kelewatan penghantaran pesanan senjata yang dipesan daripada sekutu baratnya, termasuk Israel.

Kelewatan itu menyebabkan angkatan udaranya masih menggunakan pesawat MiG yang dianggap ketinggalan zaman.

Walaupun Beijing menggesa agar kedua-dua pihak menahan diri, pertempuran itu kemungkinan dilihat oleh sesetengah pihak di China sebagai ujian dunia nyata yang berharga bagi teknologi ketenteraan mereka.

-BTS Media

Leave a Comment