PLAFORM berita India, Firstpost, membidas Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim atas kenyataan beliau mengenai ketegangan antara India dan Pakistan.
Menurut platform tersebut, kelayakan Malaysia dan Iran diragui kerana dikatakan tidak berkecuali.
Wartawan Firstpost, Palki Sharma, mempertikaikan kenyataan Anwar bahawa beliau “memahami kesukaran Pakistan” selepas serangan militan di Kashmir.
Sharma menegaskan bahawa Malaysia dan Iran bukan pengantara berkecuali, kerana kedua-dua negara kononnya memihak kepada Pakistan.
Sharma juga mengkritik penggunaan frasa “Kashmir yang ditadbir India” oleh Anwar, dan menganggap Anwar tidak mengiktiraf kedaulatan India ke atas wilayah Jammu dan Kashmir.
Dia menegaskan bahawa India tidak memerlukan pengantara, kerana Kashmir adalah isu dua hala.
Kritikan ini selari dengan kenyataan Menteri Luar India, S Jaishankar, yang menolak apa disebutnya sebagai “pendakwah” yang tidak mengamal apa didakwahkan.
Anwar sebelum ini menyatakan kesediaan Malaysia untuk menyumbang kepada usaha keamanan serantau secara konstruktif jika perlu, memandangkan hubungan rapat Malaysia dengan kedua-dua negara.
Beliau juga berkata bahawa Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, telah menangguhkan lawatan rasmi ke Malaysia susulan krisis Kashmir.
Anwar dilaporkan berkata bahawa beliau “memahami situasi rumit” Pakistan dan mengecam keganasan, dan menyeru siasatan telus.
Ketegangan antara India dan Pakistan meningkat berikutan serangan pada 22 April yang meragut 26 nyawa.
-BTS Media