BTS Media

Infrastruktur KLIA perlu diperbaiki menjelang Kempen Melawat Malaysia 2026

KEJADIAN kebocoran bumbung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam sekali lagi menimbulkan persoalan tentang kualiti infrastruktur serta tahap penyelenggaraan lapangan terbang itu, lebih-lebih lagi menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menurutnya Tan Sri Lee Lam Thye, air hujan yang mencurah masuk ke beberapa bahagian Terminal amat dikesali.

Walaupun mengakui respons segera pihak MAHB untuk mengawal keadaan, Lee mempersoalkan sama ada terlalu lewat langkah-langkah diambil.

Beliau menegaskan bahawa tindakan pencegahan lebih proaktif sepatutnya sudah dilaksanakan.

MenurutLee, jika lebih kerap dilakukan audit keselamatan menyeluruh di kawasan premis berkenaan, risiko berlaku kejadian seperti itu mungkin dapat ditangani lebih awal.

Pematuhan ketat terhadap peraturan keselamatan boleh mengelakkan masalah berulang, termasuk isu kebocoran air, kerosakan aerotrain dan gangguan bekalan elektrik yang pernah melanda KLIA sebelum ini.

Lee turut memberi amaran bahawa kejadian seperti ini boleh menjejaskan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan serta menghakis keyakinan orang ramai terhadap KLIA sebagai hab antarabangsa yang boleh dipercayai.

Beliau berkata masalah berterusan bukan sahaja merosakkan nama baik KLIA, tetapi turut berisiko menjejaskan operasi syarikat penerbangan dan, secara tidak langsung, ekonomi negara.

Beliau menggesa MAHB supaya mengambil tindakan pembetulan secara menyeluruh sebelum Tahun Melawat Malaysia 2026, sambil menekankan bahawa komunikasi jelas dan ketelusan mengenai langkah pemulihan amat penting untuk keyakinan orang ramai.

-BTSMedia.my

Leave a Comment