KAWASAN Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan mengalami kesesakan lalu lintas ketara disebabkan oleh dua acara besar yang dijangka menarik lebih 100,000 orang penonton
Perlawanan Akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 9:00 malam, manakala konsert oleh Amy Search akan berlangsung di Axiata Arena pada pukul 8:30 malam.
Kesesakan lalu lintas dijangka bermula sekitar pukul 5:00 petang dan berterusan hingga ke malam.
Orang ramai dinasihat supaya menggunakan pengangkutan awam, khususnya laluan LRT Sri Petaling ke Stesen LRT Bukit Jalil. Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi di kedua-dua stesen ini.
Laluan alternatif :
Dari Klang atau Subang: Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menghala ke Sri Petaling.
Dari Cheras atau Ampang: Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).
Dari pusat bandar: Terowong SMART ke Jalan Sungai Besi.
-BTS Media