GAMBAR: Berita Harian
ISU masalah khemah sewa monopoli kawasan pantai di Teluk Kemang, Port Dickson semakin hebat ditularkan di media sosial.
Sebuah video terbaharu menunjukkan masih banyak khemah biru didirikan atas pantai walaupun isu berkenaan telah menarik perhatian pihak berkuasa.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri, J. Arul Kumar dilapor telah mengarahkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) supaya merampas khemah-khemah tersebut pada 1 Oktober lalu.
Bagaimanapun, akhbar Berita Harian yang membuat tinjauan semalam (6 Okt) mendapati khemah-khemah tersebut masih berada di situ.
Susulan itu, orang ramai berasa pelik bertanya kenapa mengapa masih tiada perubahan, seolah-olah para peniaga di situ kebal daripada undang-undang.
Seorang pengunjung berkata pengusaha pasti tidak berani memasang khemah walaupun terdapat permintaan daripada para pengunjung, namun mereka seolah-olah tidak makan ditegur memandangkan kegiatan tersebut masih berleluasa.
Menurut Berita Harian, Â Yang Dipertua MPPD, Hasnor Abd Hamid berkata libat urus akan diadakan antara pihaknya dengan pengusaha (khemah), agar mereka akur arahan yang dikeluarkan.
Hasnor berkata, libat urus dan rundingan itu dijangka selesai selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Seorang individu berpendapat isu tersebut telah berterusan sejak 10 tahun lalu, namun keadaan masih tidak berubah, walaupun dalam perkembangan terbaharu tindakan telah diambil oleh anggota penguatkuasa.
-BTS Media