GAMBAR ATAS: BTS Media.
Oleh Yusoff A. Shariff
Berbanding Melayu dan India, orang Cina Malaysia didapati paling disiplin apabila mematuhi SOP dan mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang terbaik
Orang Cina Malaysia juga paling kurang berkemungkinan dijangkiti Covid-19 atau mendapat sebarang penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam tempoh dua tahun pandemik, kata pegawai kementerian apabila berkongsi dalam satu perbincangan dalam talian.
Penyelidik utama Dr Shubash Shander Ganapathy dari Institut Kesihatan Awam berkata kajian tersebut berpandukan data dari Mac 2020 hingga Disember 2021.
Beliau berkata pada pertengahan 2020-an, ketiga-tiga kaum menunjukkan tahap pematuhan tinggi terhadap amalan 3W (Pakai topeng, Basuh tangan, Jaga jarak) yang dianjurkan bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
“Orang Melayu 96 peratus, Cina 95.6 peratus, manakala India 94.3 peratus,” katanya dalam taklimat media dalam talian.
“Bagaimanapun, sejak awal 2021 amalan ini mula longgar dan orang Melayu dan India menurun kepada 74.7 peratus, manakala masyarakat Cina masih berada pada tahap pematuhan 84.8 peratus.
“Kaum Cina juga mempunyai persepsi risiko lebih tinggi pada 15.5 peratus berbanding Melayu 10 peratus dan India 12.2 peratus sahaja,” tambah Dr Shubash.
Jelasnya, perbezaan ketara ini juga disebabkan kebiasaannya NCD meningkatkan risiko kematian.
Beliau berkata itu sebabnya semua pihak dinasihatkan supaya menjaga kesihatan diri, bukan hanya untuk masa ini, tetapi juga untuk masa akan datang kerana banyak perkara didapati berkaitan.
Data kementerian menunjukkan lebihan kadar kematian orang Melayu semasa pandemik ialah 11,158, India -565, kaum lain 1,375 manakala Cina – 4,054.
Melayu yang merupakan kumpulan demografi etnik terbesar di negara ini, berisiko tinggi
Orang Melayu, yang merupakan kumpulan demografi etnik terbesar di negara ini, berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi (32.2 peratus) berbanding India (30.6 peratus) dan Cina 28.1 peratus.
Orang Melayu juga merupakan kumpulan peratusan tertinggi mendapat hiperkolesterolemia pada 43.5 peratus, diikuti India 38.1 peratus, manakala Cina masih terendah pada 35.1 peratus.
Etnik India paling berisiko mendapat diabetes, iaitu 31.4 peratus berbanding Melayu 21.6 peratus dan Cina 15.1 peratus. Begitu juga dengan obesiti di mana kaum India tertinggi pada 29.3 peratus, diikuti Melayu 22.7 peratus ,dan Cina pada 13.0 peratus.
Selain itu, kad laporan pandemik Malaysia menunjukkan kadar Mortaliti Berlebihan adalah rendah pada -2.4 peratus.
Kementerian Kesihatan berkata ini adalah sejajar dengan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Dalam tempoh Julai 2021 hingga Disember 2021, terdapat peningkatan kematian yang di hospital mahupun di luar hospital. Angka terakhir menunjukkan hampir 55 peratus lebihan kematian berlaku di hospital, berbanding 45 peratus lebihan kematian berlaku di luar hospital sebelum pandemik.
“Ini adalah peratusan kematian yang sama direkodkan di hospital dan hospital luar, sebelum Covid-19 di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa tidak ada perubahan dalam trend mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan, dan keupayaan mendapatkan perkhidmatan di Malaysia sepanjang pandemik,” kata Dr Shubash.
Mengikut penyelidikan itu, kaum lelaki lebih terdedah kepada kematian semasa pandemik kerana kadar kematian mencatatkan +9.527 manakala bagi wanita, -1,613.
-BTS Media