SEORANG wanita buta merangkak merentas hutan selama dua hari untuk mendapatkan bantuan selepas anak perempuannya meninggal dunia di rumah mereka yang terpencil di Kampung Tambey, Samarahan, Sarawak.
Menurut akhbar Sin Chew Daily, anak wanita tersebut, yang berusia lingkungan 30-an, dipercayai meninggal dunia secara mengejut di kediaman mereka.
Wanita itu difahamkan berada bersama mayat anaknya selama enam hari sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan pertolongan.
Beliau kemudiannya merangkak dalam hutan selama dua hari sehingga tiba di sebuah jalan sekitar pukul 6 pagi pada hari Jumaat (5 Dis) dan berjaya mendapatkan bantuan.
Pihak polis bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam seterusnya menemui pondok berkenaan dan menemukan mayat wanita itu dalam keadaan telah mula mereput.
Difahamkan kedua-dua beranak itu tinggal jauh di dalam hutan dengan akses yang sangat terhad kepada dunia luar dan bergantung kepada bantuan kerajaan untuk kelangsungan hidup.
-BTSMedia.my



