BERIKUTAN gencatan senjata baru-baru ini, ribuan jemaah kembali ke masjid-masjid di Semenanjung Gaza pada hari Jumaat.
Laungan azan berkumandang dari pembesar suara buat kali pertama sejak sekian lama.
Ia adalah lakaran perpaduan yang menggambarkan emosi tak terungkap selepas penderitaan dua tahun diserang dan dizalimi puak Zionis.
Wartawan yang membuat liputan melihat Masjid Sayed Hachem di Bandaraya Gaza, salah satu daripada beberapa struktur yang sebahagian besarnya terselamat, menyaksikan betapa tersentuhnya para jemaah melihat begitu ramai orang berkumpul untuk solat bersama semula.
Walau bagaimanapun, solat berjemaah yang disambung semula itu berbeza sekali dengan keadaan di lapangan, di mana dianggarkan 1,160 daripada 1,244 masjid di Gaza telah rosak sebahagian atau langsung musnah.
Di beberapa lokasi, terasa kepiluan apabila mendengar azan dan suara imam dalam keadaan begitu daif.
Ia membuatkan mereka berasa sebahagian daripada hidup mereka telah hilang.
Namun, walaupun masjid kejiranan musnah, kebanyakan penduduk meneruskan kebiasaan yang dibentuk semasa perang, bersolat di jalan raya, di tengah-tengah runtuhan, atau di dalam bangunan yang rosak.
Bagi mereka, masjid adalah “tonggak kehidupan” dan “tempat perlindungan” untuk ketenangan rohani.
Kehilangan rumah dan tempat berlindung adalah “pengalaman yang paling sukar.”
Meskipun kemusnahan amat besar memaksa ratusan orang menyusun saf untuk solat di bekas struktur masjid yang telah hancur di Khan Yunis—iman mendalam masih ketara terasa.
Namun demikian, ribuan jemaah di serata pelosok wilayah yang kini menjadi seperti “padang jarak, padang tekukur itu” masih meluahkan harapan agar “segala-galanya akan dibina semula di Gaza, termasuk masjid-masjid.”
 – BTSMedia.my