BTS Media

Apa dosa ‘Kopi’ dibunuh, dizalimi?

DUA individu yang selalu memberi makan anjing jalanan di Jerteh, Terengganu, berasa amat sedih selepas seekor anjing bernama ‘Kopi’ yang dan amat mesra dengan orang didakwa ditembak mati oleh pihak majlis daerah.

“Saya menangis apabila mendengar Kopi ditembak.

“Saya memberinya makan setiap hari sejak dia masih kecil,” kata Abby Razali, 27.

Kopi menjadi selebriti dalam kalangan pencinta anjing selepas Abby memuat naik video anjing itu bermain dengan seekor anak kucing di TikTok pada bulan Mac tahun ini.

“Ramai yang menyukai video tersebut, dan memberikan komen positif.

“Orang ramai amat terkejut apabila mereka mendengar bahawa Kopi telah ditembak mati,’’ kata Abby, yang berkata dia akan merindui kelibat Kopi yang setia menunggunya setiap hari, lapor Malay Mail.

Kematian Kopi pada usia begitu muda juga sangat menyedihkan bagi seorang lelaki berusia 27 tahun yang telah duduk bersama anjing itu selepas ditembak.

Lelaki yang enggan mendedahkan namanya berkata, dia berlari keluar dari rumahnya selepas mendengar bunyi letupan kuat kira-kira pukul 1.30 pagi pada 7 Okt.

“Ketika saya berada di luar rumah, saya melihat sekumpulan lelaki berjalan meninggalkan Kopi semasa dia terbaring sambil meraung dengan badan berlumuran darah.

“Saya duduk bersamanya selama lebih kurang lima minit sebelum dia mati”, kata lelaki itu, sambil menambah betapa sakitnya hati menyaksikan apa yang berlaku.

“Setiap kali saya mengingati kembali detik-detik akhir bersama Kopi sekarang, saya menangis,” katanya.

Ketua Bahagian Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Dr Marzuna Md Yunus ketika dihubungi berkata tindakan menembak hanya boleh dilakukan semasa kecemasan serta bagi tujuan mengawal penyakit, seperti rabies.

“Anjing juga boleh ditembak jika mereka garang dan telah menyerang orang,” tambahnya.

Dr Marzuna berkata tindakan menembak tidak boleh digunakan untuk membendung bilangan haiwan itu.

Dr Saravanakumar Supramaniam Pillai, yang merupakan sebahagian daripada pasukan perangka Akta Kebajikan Haiwan 2015, berkata peruntukan itu jelas dalam Akta berkenaan penggunaan senjata api untuk membunuh haiwan jalanan.

“Jika senjata api perlu, mereka harus mendapatkan kebenaran daripada DVS, dan itu pun  jika sesuatu kawasan dikenal pasti sebagai  kawasan wabak penyakit yang dikaitkan dengan haiwan jalanan,” kata Dr Saravanakumar, yang telah bersara sebagai timbalan pengarah kanan DVS pengarah.

Beliau berkata undang-undang jelas bahawa senjata api tidak boleh digunakan secara rawak untuk membasmi haiwan jalanan.

Majlis Daerah Besut tidak dapat dihubungi pada masa laporan.

-BTS Media

Leave a Comment