BTS Media

Anwar gagal tunai janjinya lakukan reformasi – Amnesty Internasional

Oleh Yusoff A. Shariff

DALAM laporan 2024 The State of the World’s Human Rights yang diterbitkan hari ini, badan pemerhati hak asasi manusia global Amnesty International berkata Putrajaya telah gagal bertindak atas komitmen yang dibuat semasa pilihan raya umum 2022 untuk meningkatkan kebebasan bersuara.

Memandangkan demokrasi kini telah merosot ke tahap 1985 secara global, laporan itu menjelaskan enam bidang lain di mana Malaysia gagal pada 2023. Ia termasuk kebebasan berhimpun, hak pelarian dan migran, hukuman mati, penyeksaan dan layanan buruk, hak orang asli, hak asasi manusia, dan hak kepada persekitaran yang sihat.

“Pada 2023, kerajaan gagal memenuhi komitmennya untuk memperbaharui undang-undang, menyekat hak kebebasan bersuara,” kata Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia Katrina Jorene Maliamauv pada pelancaran laporan 2024 semalam.

“Kerajaan bukan sahaja gagal bertindak atas ikrar untuk memansuhkan undang-undang yang menyekat hak kebebasan bersuara tetapi terus menggunakannya untuk menyiasat pengeluar filem dan editor buku, antara lain,” kata laporan itu, merujuk kepada filem indie Mentega Terbang, dan penahanan penulis buku Kean Wong di bawah Akta Hasutan 1948 bagi buku Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia Kelahiran Semula: Reformasi, Penentangan dan Harapan di Malaysia Baharu.)

“Negara juga gagal bertindak secara berkesan dan pantas terhadap ugutan bunuh dan ugutan lain terhadap pembikin filem.

“Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan ini menunaikan kewajipan mereka untuk melindungi semua hak kita tanpa prejudis diskriminasi,” kata Katrina, semalam.

Kerajaan juga didakwa membungkam kritikan dalam dan luar talian melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948, dan melalui peruntukan Kanun Keseksaan berkaitan menimbulkan perpecahan atau kebencian atas alasan agama dan ketakutan atau kesusahan orang ramai.

Amnesty Internasional juga mengambil maklum usaha Malaysia membanteras komuniti Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Interseks (LGBTI). Ia dikatakan berlaku selepas pihak berkuasa merampas jam tangan bertema LGBTI daripada syarikat jam tangan Swatch, dan memperkenalkan hukuman baharu dengan maksimum tiga tahun penjara kerana memakai atau menjual produk tersebut.

“Akta Mesin Cetak dan Penerbitan semakin digunakan untuk menyekat hak kebebasan bersuara golongan LGBTI.

Pada bulan Februari, Kementerian Dalam Negeri mengharamkan tiga buku kerana kandungan ‘tidak bermoral’ dan mempromosikan ‘gaya hidup LGBT’,” kata Amnesty International dalam laporannya itu.

Ketika layanan Malaysia terhadap pendatang dan pelarian menarik perhatian antarabangsa sejak beberapa bulan lalu selepas pendedahan Human Rights Watch pada bulan Mac, Amnesty International turut menyentuh tentang pencabulan hak asasi manusia dalam hal ini.

Amnesty International juga mendakwa bahawa kerajaan gagal menyiasat kematian 150 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak di pusat tahanan imigresen pada 2022 walaupun kebimbangan terus meningkat mengenai keadaan di pusat itu.

Seramai 114 individu didakwa dihantar pulang secara paksa ke Myanmar, dan kerajaan juga telah menahan lebih 1,000 pekerja asing tanpa izin di Kuala Lumpur melalui serbuan dan 171 migran di Johor ketika mereka cuba membuat laporan polis mengenai ejen yang gagal menyediakan pekerjaan kepada mereka.

Pada bulan April, tujuh orang daripada kaum orang asli Temoq mencabar kelulusan kerajaan terhadap laporan penilaian kesan alam sekitar cadangan projek minyak sawit di Rompin, Pahang.

Mereka mendakwa projek itu melanggar hak mereka terhadap alam sekitar yang bersih, selamat dan mampan.

Amnesty Internasional juga menekankan bahawa Malaysia ketinggalan dalam janjinya untuk memuktamadkan rang undang-undang perubahan iklim yang sepatutnya dilakukan pada 2022.

Keadaan Hak Asasi Manusia di Malaysia 2023_24 - Amnesty Malaysia

-BTS Media

Leave a Comment