BTS Media

Wartawan harus dilindungi, mereka kerja untuk kebaikan awam – Badan media

 

Wartawan tidak seharusnya dihalang atau diganggu semasa menjalankan tugas demi kepentingan awam, kata badan media.

Gesaan ini dibuat setelah dua wartawan diganggu oleh seorang pengawal keselamatan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu, Kuala Lumpur.

Wartawan berkenaan pada waktu itu sedang membuat liputan berita isu kepentingan awam berhubung kesesakan orang ramai berbaris panjang untuk memohon dan memperbaharui pasport di kaunter dan pejabat Jabatan Imigresen.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUJ) Farah Marshita Abd Patah hari ini (Sabtu 14 Mei) menggesa pihak berkaitan tidak menghalang media daripada menjalankan tugas mereka.

Hak wartawan melaporkan isu berkaitan orang ramai harus dilindungi dan dihormati

Beliau berkata hak wartawan untuk melaporkan isu berkaitan orang ramai harus dilindungi dan dihormati, dan sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan serius bagi melindungi hak mereka melaporkan fakta tanpa sebarang halangan.

Presiden NUJ akhbar The Star, Low Boon Tat berkata wartawan kini lebih terdedah kepada gangguan dan kurang rasa hormat terhadap profesion mereka.

Menurut Low sudah banyak kali para wartawan terpaksa berdepan dengan pegawai keselamatan yang biadab terhadap media.

Sambil berkata bahawa UTC Pudu adalah kawasan awam, beliau mempersoalkan bagaimana seorang pegawai keselamatan mempunyai untuk menghalang wartawan daripada menjalan tugas, lapor akhbar The Star.

Bagi Low adalah pelik apabila kerajaan mengeluarkan tag media kepada wartawan, tetapi sebaliknya mereka tidak dihormati apabila membuat liputan di pejabat awam (kerajaan).

Selain itu wartawan juga menghadapi masalah yang sama dengan pegawai penguat kuasa dan pengawal peribadi.

Badan pemerhati media, Gerakan Media Marah (Geramm) berkata seorang pegawai keselamatan yang mengawal pusat itu turut cuba merampas telefon bimbit yang digunakan oleh wartawan berkenaan untuk merakam keadaan di UTC.

Geramm berkata adalah menjadi tanggungjawab media untuk melaporkan keadaan sebenar di lapangan dan perlu diberi ruang untuk berbuat demikian.

Perkara ini sepatutnya diselesaikan secara profesional dan bukannya melalui ugutan kerana ia akan memberi kesan buruk kepada sesebuah organisasi.

Geramm merujuk kepada Indonesia sebagai contoh. Wartawan di Malaysia sepatutnya bersatu dan menuntut perlindungan untuk melaksanakan tugas mereka tanpa gangguan, apatah lagi dikasari.

Di bawah undang-undang Indonesia, tindakan menghalang media daripada melaksanakan tugas mereka adalah satu kesalahan

Di bawah undang-undang Indonesia, tindakan menghalang media daripada melaksanakan tugas mereka adalah satu kesalahan,” kata Geramm dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook mereka pada Sabtu.

Dalam kejadian berkenaan wartawan diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan mengambil gambar atau bercakap dengan orang ramai yang sedang beratur di sepanjang koridor tanpa kebenaran rasmi.

Susulan itu, satu video sepanjang seminit mengenai kejadian tersebut yang dimuat naik ke Twitter merakamkan detik-detik sewaktu seorang pengawal keselamatan menjerit kepada seorang pemberita yang bertanya kenapa dia tidak dibenarkan membuat liputan di Jabatan Imigresen UTC Pudu.

“Tidak boleh, adakah kamu faham? Keluar! Tak boleh, ini undang-undang, ini UTC, faham? Keluar! Saya bertanggungjawab sekarang,” jerit pegawai yang kemudiannya mula mengira, sambil menambah bahawa dia akan menghubungi polis jika wartawan enggan beredar dari situ.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihak polis maklum perkara tersebut.

Beliau berkata pegawai keselamatan tersebut telah membuat laporan polis pada pukul 12.09 tengah hari, dan difahamkan pihak portal berkenaan juga akan membuat laporan.

-BTS Media

Leave a Comment