LAPORAN Pengambilan Pekerja, Pampasan & Faedah terkini oleh pasaran pekerjaan dalam talian Jobstreet by SEEK Â menunjukkan bahawa walaupun pasaran kerja Malaysia mantap, namun imbuhan kompetitif kekal sebagai faktor utama dalam menarik dan mengekalkan bakat pekerja terbaik.
Menurut laporan itu lebih daripada 75 peratus syarikat memberikan bonus prestasi pada tahun 2024, dengan purata pembayaran meningkat kepada dua bulan gaji âpeningkatan daripada purata sebelumnya sebanyak 1.7 bulan.
Sebanyak 77 peratus perniagaan telah melaksanakan kenaikan gaji, seiring dengan kadar inflasi Malaysia sebanyak 2.49 peratus.
Laporan itu selanjutnya berkata bahawa untuk mengukuhkan nilai pekerja, banyak syarikat memperluas pakej faedah, memperkenalkan inisiatif seperti cuti ganti, cuti ibu bapa yang dilanjutkan, dan pengaturan kerja fleksibel.
Sebanyak 45 peratus majikan kini menawarkan faedah mesra keluarga, termasuk bilik menyusu dan liputan perubatan lebih baik.
Pemberhentian pekerja, pengecilan saiz, dan perubahan strategik pada tahun 2024 telah membentuk prospek pengambilan pekerja yang positif secara berhati-hati untuk menghadapi cabaran tahun 2025.
Untuk kekal berdaya saing dan berdaya tahan, Jobstreet by SEEK mengesyorkan agar majikan memperluas strategi pengambilan pekerja mereka untuk merangkumi pekerja sambilan, kontrak, atau bebas.
Majikan juga melakukan pelarasan gaji dengan tren inflasi dan penanda aras industri, meningkatkan faedah pekerja, terutama dalam menawarkan pengaturan kerja yang fleksibel, cuti kesihatan mental, dan polisi fokus pada keluarga.
Hampir separuh syarikat Malaysia merancang untuk memperluas tenaga kerja tetap mereka pada separuh pertama tahun 2025.
Pertumbuhan yang diunjurkan ini didorong pengembangan perniagaan (83 peratus), penciptaan peranan baharu (58 peratus), dan keperluan untuk menggantikan pekerja yang berhenti (43 peratus).
Pengarah urusan di Jobstreet by SEEK Malaysia Nicholas Lam, berkata majikan mengambil sikap berhati-hati bagi tahun ini, dengan fokus pada fleksibiliti, pampasan yang kompetitif, dan penggunaan AI secara strategik.
Dalam satu kenyataan, Lam berkata memandangkan kaedah AI menjadi penting dalam proses pengambilan pekerja, perniagaan perlu bijak menggunakannya untuk memastikan keterangkuman dan keberkesanan.
Berdasarkan pendapat yang dikumpulkan daripada 2,279 pakar sumber manusia dan majikan, laporan itu menggariskan bahawa walaupun keyakinan perniagaan dianggap kuatâdengan 83 peratus syarikat merancang untuk berkembangâtahun 2024 sebahagian besarnya merupakan tahun penyesuaian semula.
Walaupun 74 peratus responden menggambarkan pasaran kerja sebagai aktif, namun 39 peratus majikan telah mengurangkan tenaga kerja mereka pada tahun 2024, justeru mencatatkan peningkatan ketara dari 18 peratus pada tahun 2023 dan 14 peratus pada tahun 2022.
Laporan itu menunjukkan bahawa tiga jenis pekerjaan sepenuh masa kekal konsisten dengan tahun 2023, iaitu Pentadbiran dan Sumber Manusia (41 peratus syarikat mengambil pekerja), Perakaunan (33 peratus), dan Penjualan atau Pembnagunan Perniagaan (21 peratus).
Sementara itu, didapati bahawa majikan Malaysia semakin menerima kaedah AI dalam strategi pengambilan pekerja.
Sebanyak 70% perniagaan kini menilai kemahiran AI calon semasa pengambilan pekerja, dengan 36 peratus menganggapnya sebagai kemahiran kritikal.
Selain itu, 26 peratus majikan menggunakan AI untuk membantu menghasilkan iklan pekerjaan (71 peratus), penyaringan calon (59 peratus), dan penilaian (54 peratus).
Hampir separuh majikan (47 peratus) kekal mengambil pendirian berhati-hati, dengan alasan bimbang penggunaan AI akan menyebabkan kehilangan daya pemikiran dan ilmu pekerja sendiri.
Laporan tersebut turut menyorot kemajuan bermakna dalam inisiatif kepelbagaian, ekuiti, dan keterangkuman (DEI).
Pada bulan Januari 2025, wanita kini memegang 33 peratus jawatan dalam lembaga pengarah 100 syarikat tersenarai awam (PLC) teratas Malaysia dan 27.6 peratus di seluruh PLC.
Lam menyimpulkan dengan mengatakan bahawa majikan di Malaysia semakin menyedari bahawa DEI bukan hanya sebagai tanggungjawab moral tetapi juga sebagai kelebihan strategik.
-BTS Media