BTS Media

Bersatu cabar PAS, Parti Wawasan di 24 kerusi Negeri Sembilan

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan akan bertanding di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sekali gus menyaksikan parti itu bakal bertembung dengan dua komponen Perikatan Nasional (PN), iaitu PAS dan Parti Wawasan Negara.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengumumkan senarai calon parti itu, berkata semua calon Bersatu akan bertanding menggunakan logo Bersatu.

Berdasarkan agihan kerusi yang diumumkan, Bersatu dijangka berdepan PAS di DUN Serting, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang, manakala di DUN Klawang, Sikamat, Mambau dan Gemas, parti itu akan berentap dengan Parti Wawasan Negara yang diterajui Hamzah Zainudin.

Bagaimanapun, Bersatu tidak dijadualkan berdepan calon daripada Gerakan atau Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) di mana-mana daripada 24 kerusi yang ditandinginya.

Antara calon yang mencuri perhatian ialah Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz yang diletakkan di DUN Sikamat, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, R. Sri Sanjeevan di DUN Jeram Padang, serta bekas Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Megat D. Shahriman Zaharudin yang akan bertanding di DUN Seri Menanti.

Penyandang DUN Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker pula diberi kepercayaan untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebelum ini.

Senarai penuh calon Bersatu bagi PRN Negeri Sembilan:

  • N2 Pertang – Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus
  • N3 Sungai Lui – Mazrulhisham Abd Mansor
  • N4 Klawang – Muhammad Adib Musa
  • N5 Serting – Muhammad Noraffendy Mohd Salleh
  • N6 Palong – Rebin Birham
  • N7 Jeram Padang – R. Sri Sanjeevan
  • N9 Lenggeng – Zool Amali Hussin
  • N10 Nilai – V. Saravan Kumar
  • N12 Temiang – Fazly Hamid
  • N13 Sikamat – Tun Faisal Ismail Aziz
  • N14 Ampangan – Noor’azah Harun
  • N15 Juasseh – Mohd Zuhaimi Md Yusof
  • N16 Seri Menanti – Megat D. Shahriman Zaharudin
  • N17 Senaling – Mohd Izaffi Istear Khan
  • N20 Labu – Mohamad Hanifah Abu Baker
  • N22 Rahang – Tang Jay Son
  • N23 Mambau – N. Sarawanan
  • N24 Seremban Jaya – R. Mahendran
  • N25 Paroi – Mohd Nazree Mohd Yunus
  • N28 Kota – Akmal Noradzmi Abd Rahim
  • N31 Bagan Pinang – Sheikh Junaidy Jamaludin
  • N32 Linggi – Zamri Md Said
  • N33 Sri Tanjung – M. Leevineshwaraan
  • N34 Gemas – Fadil Daud

-BTSMedia.my

Leave a Comment