SEBUAH kereta remuk apabila beberapa tiang keluli di tapak pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Batu Caves runtuh petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selayang, sebuah kereta Suzuki Swift terperangkap di bawah timbunan tiang keluli.
Mangsa tunggal dikeluarkan oleh orang ramai sebelum anggota bomba tiba. Keadaan mangsa masih belum dipastikan.
Pihak jabatan memaklumkan bahawa panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.47 tengah hari, dan tujuh anggota dikerahkan ke lokasi.
Setiba mereka pada pukul 2.14 petang, mereka mendapati tiang keluli pembinaan ECRL telah menghempap kereta jenis Suzuki Swift tersebut.
-BTSMedia.my



