BTS Media

ASP, Sarjan ditahan disyaki menyamun

KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai dan anggota polis ditahan berhubung kes samun terhadap seorang lelaki tempatan di sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di stesen minyak Petronas di Wakaf Tembesu, dekat sini pada 1 Februari lepas.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkaitan jenayah samun itu yang dilakukan oleh pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) serta seorang lagi anggota berpangkat sarjan.

“Pada 3 Februari lalu, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak berhubung kejadian terbabit pada pukul 1.16 petang.

“Mangsa memaklumkan bahawa dia telah dibawa oleh kedua-dua suspek ke mesin ATM Petronas Wakaf Tembesu pada 1 Februari lalu untuk mengeluarkan duitnya sebanyak RM5,000.

Baca lagi: https://www.sinarharian.com.my/article/648188/berita/semasa/asp-sarjan-ditahan-disyaki-menyamun

Leave a Comment