BTS Media

Aplikasi MyJPJ perkenal ciri ‘Kongsi LKM’

Oleh Yusoff A. Shariff

MULAI hari ini, orang ramai boleh berkongsi cukai jalan digital mereka menggunakan fungsi baharu “Kongsi LKM” dalam aplikasi MyJPJ Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pemilik kenderaan akan dapat berkongsi cukai jalan digital mereka dengan ahli keluarga, rakan-rakan atau individu lain yang diberi kebenaran oleh pemilik kenderaan.

“Pemilik kenderaan hanya perlu klik pada nombor plat kenderaan dan kemudian klik butang ‘Kongsi LKM’ untuk berkongsi cukai jalan digital mereka dengan individu lain.

“Fungsi ini juga mempunyai had masa berkongsi yang boleh ditetapkan oleh pemilik kenderaan dan mempunyai kod aktivasi yang perlu diberikan kepada penerima cukai jalan digital untuk mengaktifkan perkongsian tersebut.

Beliau memberitahu pemberita selepas lawatan kerjanya ke Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor di Kuala Lumpur hari ini bahawa sistem itu juga akan memadam rekod perkongsian jika ia tidak diaktifkan dalam tempoh 24 jam.

-BTS Media

Leave a Comment