BTS Media

Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo lantik AmerBon sebagai wakil guaman

Oleh Fetty Rara

BEKAS peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan, yang ditahan pada 7 Julai, telah melantik firma guaman AmerBON sebagai wakil sahnya.

“Keutamaan pelanggan kami adalah untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang berkaitan siasatan 1MDB yang sedang dijalankan, dan untuk memudahkan serta membantu kerajaan Malaysia dalam mempercepatkan usaha pemulihan asetnya.

“Dia juga berharap untuk bersama keluarganya secepat mungkin,” kata firma itu dalam satu kenyataan pada Khamis (13 Julai).

Menurut AmerBON, Loo yakin dengan sistem kehakiman dan perundangan Malaysia dan akan berdepan semua perkara sewajarnya.

-BTS Media

Leave a Comment