Oleh Fetty Rara
SATU mesej palsu telah tularkan semula dalam media sosial yang mendakwa kanak-kanak diculik untuk pengambilan organ.
Polis yang mengesahkan mesej palsu itu berkata mesej tersebut sebelum ini dikongsi dengan meluas pada 2017, tetapi ‘dihidupkan’ semula melalui media sosial.
Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman Skandaguru Anandan berkata pihaknya yang menyedari tentang kepalsuan itu berkata mesej tersebut mendakwa bahawa kanak-kanak diberikan dadah sebelum dibawa dengan lori ke sebuah negara jiran bagi tujuan pengambilan organ.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin (4 Jul) beliau berkata pihak polis tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai berita atau maklumat tidak sahih seperti ini.
Menurut beliau, sesiapa yang menyebarkan berita palsu boleh disiasat dan dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian.
-BTS Media