Oleh Fetty Rara
PEMILIK kenderaan memegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah diberikan lanjutan tempoh sah laku dan lesennya telah tamat mulai 13 Januari 2021, perlu memperbaharui lesen mereka sebelum 30 Jun supaya mereka tidak perlu mengambil semula ujian memandu, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Zailani Hashim.
Tarikh akhir itu melibatkan mereka yang mempunyai lesen memandu pelajar (LDL), lesen memandu sementara (PDL), lesen memandu kompeten (CDL) dan lesen memandu vokasional (PSV).
Katanya, lanjutan itu diberikan berikutan pelaksanaan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 mulai 1 Jun 2021, sambil menambah pengumuman pengecualian itu dibuat oleh Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong pada 14 Oktober 2021.
Beliau menggesa pemegang LLM memperbaharui lesen mereka serta-merta sebelum tarikh akhir 30 Jun bagi mengelak daripada mengambil semula ujian memandu, seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Peraturan Kenderaan Bermotor (Lesen Pemandu) 1992.
Menurut pangkalan data JPJ, sehingga 22 Jun, jumlah pemegang LDL yang masih belum memperbaharui lesen ialah 904,081 orang, 14,216 (PDL), 197,030 (CDL) dan 89,809 (PSV).
-BTS Media