BTS Media

Gangguan teknikal Imigresen: Permohonan pasport ditangguh

Permohonan pasport Malaysia ditangguhkan buat sementara waktu kerana Jabatan Imigresen mengalami masalah teknikal.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (27 April), Jabatan Imigresen memuat naik notis di Facebook memaklumkan pemohon bahawa berlaku gangguan pada sistem permohonan pasport Jabatan itu.

Jabatan Imigresen memohon maaf atas kesulitan dan sedang berusaha untuk memulihkan sistem tersebut.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada laman web rasmi Imigresen di www.imi.gov.my atau eapp.imi.gov.my

-BTS Media

Leave a Comment