BTS Media

Covid-19: Pakai pelitup muka semasa peralihan kepada fasa endemik, pakai dengan betul – Noor Hisham

GAMBAR ATAS: BTS Media

 

Oleh Fazli Rahim

Ketua Pengarah Kesihatan mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 semasa peralihan kepada fasa endemik.

Beliau berkata pemakaian pelitup muka adalah salah satu langkah pencegahan yang boleh mengurangkan penularan virus, terutama di kawasan berisiko tinggi seperti tempat tertutup dengan pengudaraan yang lemah, dan tempat sesak.

Dr Noor Hisham berkata, Covid-19 masih wujud, menular dan boleh menyebabkan kematian, terutama dalam kalangan warga emas, kanak-kanak, individu yang mempunyai sistem imun lemah dan yang mempunyai komorbiditi.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan hari ini ( Rabu 6 April) beliau berkata yang terbaik ialah bagi dua individu –  pembawa virus dan yang sihat memakai pelitup muka kerana dengan cara ini risiko penularan virus dapat dikurangkan.

Menurut beliau penggunaan pelitup muka cara betul adalah dengan menutup hidung dan mulut sepenuhnya, bukan hanya di bawah atau hujung hidung kerana virus SARS-CoV-2 mudah tersebar melalui titisan pernafasan.

Beliau meminta orang ramai menegur secara elok mereka yang memakainya dengan cara tidak betul.

-BTS Media

Leave a Comment